Saturday, January 8, 2011

Alif melangkah masuk ke dalam bilik guru. Teacher Norsiah sudah pun lama menunggu dengan muka yang menimbulkan pelbagai persoalan dibenak fikiran Alif.
"Ya cikgu? Cikgu nak jumpa saya?" soal Alif mesra.
"Alif, nanti kemaskan kelas, ya. Pastikan kemas sekemas-kemasnya!"
"Kenapa pulak cikgu?"
"Kemas ajelah...Kita ada student baru, dia tu bukannya calang-calang orang. So, boleh ya tolong saya?"
"Absolutely teacher!"

Sunday, December 26, 2010

Chapter 2

"BANGUN semua...Assalamualaikum, cikgu!" bergema suara Alif mengetuai kelas 4Science memberi salam kepada Cikgu Aiza, guru Bahasa Melayu.
Selesai memberi salam dan membaca doa penerang hati, mereka dibenarkan duduk. Masing-masing mula mengaluarkan semua buku mata pelajaran Bahasa Melayu.
"Ada dengar tak yang kelas kamu ada student baru?" soal Cikgu Aiza sambil memegang kapur dan menuliskan sesuatu pada papan hitam.
"Tak ada, cikgu."
"Well, lelaki ke perempuan?"
"Dari sekolah mana, cikgu?"
Macam-macam soalan yang mula membingitkan telinga Cikgu Aiza. Dia mengeluh. Hish budak-budak ni, bukan aku guru kelas korang! Ngomel hatinya. TATABAHASA, perkataan yang kemas ditulisnya.
"Ok, keluarkan buku latihan semalam! Sambung!" arah Cikgu Aiza tegas. Pelajar 4Science mula mengeluh.
"Baru excited nak tahu siapa 94Family yang baru. Agak spoiled..." keluh Anis. Wani yang terdengar keluhan itu hanya tersenyum dan mula menyalin latihan yang tertulis pada papan hitam.

TOK...TOK...TOK...Pintu kelas diketuk. Seorang pelajar perempuan tingkatan satu berdiri tercegat di luar. Hish, baru form 1 dah pandai pakai tudung kontot-kontot! Ngumpat hati pelajar-pelajar perempuan.
"Ye Syuhada?" Jemari Cikgu Aiza yang laju berlari di atas papan hitam terhenti.
"Teacher Norsiah nak jumpa ketua tingkatan!"
"Dekat mana?" mata Cikgu Aiza masih tertumpu pada papan hitam sambil membaca semula ayat-ayat yang telah ditulisnya.
"Bilik guru."
"Hmm Alif, awak boleh pergi!"
"Er...ye..ye.."
Kaki Alif melangkah dengan penuh berhati-hati menuruni anak tangga dan membelah laluan yang mula sesak dengan para pelajar menengah rendah. Oh, dah mula waktu rehat ke?